Sunday, September 16, 2007

.::Tiap rasa itu milik tuhan,nikmatilah dan rasailah ia.....


Sufyan Ats-Tsauri, seoarang ulama' hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :-
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap kali membaca Al-Qur'an tetapi tidak secara tertib sehingga seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan arwah-arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama', tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua muslim yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing serta keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu sebegitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

ANCAMAN APACHE

Ancaman Apache: Sebar ideologi

KUALA LUMPUR: Geng Apache Sereng yang menduduki carta teratas kumpulan mat rempit tegar, dikesan cuba menjadikan kumpulan mereka mirip kongsi gelap apabila merancang mengukuhkan kedudukan di seluruh negara, selain menerapkan ciri-ciri ‘ketaksuban’ dan terbabit kegiatan jenayah.
Perkembangan itu dibuktikan menerusi pengakuan bekas pengikut dan remaja yang terlalu taksub dengan kumpulan terbabit sehingga menyebarkan ideologi mereka melalui laman web kenalan antarabangsa seperti myspace.Lebih membimbangkan, kumpulan Apache Sereng dikatakan turut melebarkan pengaruhnya dengan merekrut ahli membabitkan pelajar sekolah dan setiap ahli dikenakan bayaran tertentu serta kad keahlian.Seorang pelajar tingkatan tiga yang taksub untuk menjadi ahli kumpulan Apache Sereng, Halim, 15, berkata kerana terlalu fanatik terhadap kumpulan itu, dia sanggup lari dari rumah untuk mendaftar sebagai ahli.
Katanya, di kalangan rakan sekolah, kumpulan itu sering menjadi sebutan dan ramai mahu menyertainya.
“Antara tarikan utama kumpulan itu ialah pengikutnya digeruni dan dihormati kumpulan mat rempit lain. Jika kita buat hal atau ‘diusik’, ahli kumpulan memberi perlindungan dan membalas dendam.“Kerana terpengaruh, saya sanggup lari dari rumah di Shah Alam ke Sepang selepas diberi ‘lampu hijau’ untuk menyertai kumpulan itu di Sepang. Bagaimanapun, hasrat saya tidak kesampaian apabila dikesan ibu bapa yang terus menghantar saya ke sebuah pusat pemulihan akhlak,” katanya.Seorang lagi remaja yang mahu dikenali sebagai Zahari, 15, menyifatkan kumpulan itu bukan calang-calang kerana ada ramai ahli dan pengaruh di seluruh negara.“Ramai menganggap kumpulan itu hanya menerima ahli yang memiliki motosikal, tetapi sejak kebelakangan ini mereka tidak kisah jika ahli tiada motosikal. Yang penting, mereka mahu menambah ahli dan melebarkan pengaruh,” katanya.Menurut Zahari, dia pernah terbabit dengan jenayah curi motosikal dan beranggapan dengan ‘rekodnya’ itu, dia diberi lebih perhatian dalam kumpulan.“Saya difahamkan, sesiapa yang ada rekod jenayah, terutama curi motosikal dan mahu menyertai kumpulan itu, laluannya lebih mudah, malah cepat naik.“Saya difahamkan, ini kerana di kalangan ahli kumpulan itu memang ada yang terbabit dengan kegiatan curi motosikal,” katanya.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamza Taib, baru-baru ini dilaporkan berkata, pihaknya mengenal pasti lima kumpulan lumba motosikal haram yang aktif melakukan aktiviti mereka di ibu kota iaitu Geng Apache, Apache Junior, Apache Sereng, Pangkah dan Jamil Maut.“Kumpulan itu dipercayai turut terbabit dengan kegiatan curi motosikal dan ragut,” katanya.Ketika diminta mengulas lebih lanjut perkembangan itu, terutama kegiatan jenayah dan pembabitan pelajar sekolah dalam kumpulan Apache Sereng, Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharuddin, menyifatkan keadaan masih terkawal.“Ia tidak sampai ke tahap seperti digembar-gemburkan mereka. Polis sentiasa memantau bukan saja kumpulan itu (Apache Sereng) tetapi juga kumpulan lain. Setiap minggu polis buat operasi,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, seorang bekas ahli kumpulan Apache Sereng yang lebih senior dan hanya mahu dikenali sebagai Ali, 21, mengakui anggota kumpulan haram itu begitu berpengaruh dan sering menimbulkan kekacauan di kalangan orang awam.Katanya, minum arak, suka menimbulkan huru hara di jalan raya serta mencabar polis dan mengganggu orang ramai adalah perkara ‘wajib’ bagi mereka.“Ahli terbuka kepada sesiapa, sama ada memiliki lesen atau tidak, tetapi untuk berbuat demikian, kami perlu merujuk di kawasan masing-masing kerana setiap kawasan ada ketua.“Yuran dikenakan bergantung kepada ketua kawasan, ada yang mengenakan RM10, RM20 atau RM30 seorang dan dengan bayaran itu ahli baru menerima ‘sticker’ (pelekat) kumpulan serta kad ahli yang tertera nama, alamat serta lambang kumpulan.“Pernah ada remaja yang bukan ahli menampal pelekat kumpulan ini di motosikalnya dipukul kerana sewenang-wenangnya menggunakannya tanpa ‘tauliah’,” katanya.Menurutnya, selepas menjadi ahli, mereka boleh mengikut aktiviti ahli kumpulan lain seperti ‘meronda-ronda’ sekitar Kuala Lumpur atau berkumpul beramai-ramai di kelab malam.“Biasanya malam minggu paling mendapat sambutan berbanding hari lain. Lebih menarik lagi, pada malam itu kami membuat huru-hara seperti buat bising, ‘bakar’ (mencabar) polis dan menunggang dalam kumpulan ramai seperti 50 buah motosikal sekali gus,” katanya.
Menurutnya, di samping meronda di jalan raya, mereka suka melakukan aktiviti berbahaya atau mahu ‘tunjuk kuasa’ kepada orang ramai, termasuk kumpulan lain seperti ‘wheelie’, ‘wikang’ dan ‘main corner’.Sepanjang satu setengah tahun menyertai kumpulan itu, Ali berkata, arak menjadi teman setianya, malah minuman haram itu menjadikannya lebih agresif.Ali juga mempunyai pengalaman ngeri dalam hidupnya apabila rakan dalam kumpulannya meninggal dunia akibat pergaduhan dengan kumpulan lain.Dalam pada itu, laman web kenalan antarabangsa seperti ‘myspace’ dan ‘friendster’ menjadi saluran untuk mengagung-agungkan kumpulan itu, sekali gus mampu mempengaruhi pengunjungnya.Pemerhatian Metro Ahad di laman web itu mendapati, ahli kumpulan terbabit memuat turun logo Apache Sereng berbentuk imej dayak Amerika Syarikat dalam jumlah yang banyak di laman web masing-masing.Berdasarkan profil ahli kumpulan terbabit, pengaruh mereka juga terbukti semakin meluas apabila tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi turut meliputi negeri seperti Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.Bagaimanapun, yang mengejutkan, kumpulan terbabit secara terang-terangan mengamalkan konsep ‘ketaksuban’ apabila menerapkan unsur kebencian terhadap kumpulan mat rempit lain.Lebih biadap, kumpulan terbabit turut mengubahsuai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila meletakkan logo kumpulan mereka dan mengubah perkataan Polis Diraja Malaysia kepada Sereng Diraja Malaysia.

Info:
Aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Setiap kawasan ada ketua.
Tarik ahli di kalangan murid sekolah.
Guna laman web untuk tambah ahli.
Ahli dikenakan yuran RM10 hingga RM30.
Ahli baru menerima ‘sticker’ (pelekat) serta kad ahli.
Selain lumba haram, ahli terbabit dalam jenayah curi motosikal dan samun

Saturday, September 15, 2007

.::kita tahu @tak?


RAHSIA MEMOTONG KUKU

Barang siapa yang mengerat kukunya pada

* Hari Sabtu : > Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masukkepadanya penyakit> >

* Hari Ahad : > Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan> >

* Hari Isnin : > Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat> >

* Hari Selasa : > Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit> >

* Hari Rabu : > Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.> >

* Hari Khamis : > Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya> sembuh dari penyakit.> >

* Hari Jumaat : > Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya > dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.>

.::ramadhan kareem::.


bismillah.....

dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang,moga diberi hidayah dan petunjuk sentiasa...