Sufyan Ats-Tsauri, seoarang ulama' hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :-
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum muslimin.
2. Orang yang kerap kali membaca Al-Qur'an tetapi tidak secara tertib sehingga seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan arwah-arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama', tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua muslim yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing serta keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu sebegitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
Sunday, September 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment